24 Dec & 25 Dec:
Ni je lah hujung minggu yang free untuk membawa family berjalan sempena cuti sekolah. Anak-anak dah lama menuntut untuk dibawa berjalan. Aku pun dah lama tak ke pantai. Tapi, ada sedikit terdetik dihati dikala membawa family kawasan pantai sebelah timur di musim tengkujuh ini.
Pada awalnya aku ajak jugak member-member lain untuk sama-sama memeriahkan suasana. Tapi sorang demi sorang menarik diri kerana ada komitmen lain atau majlis lain yang lebih penting dari bersama-sama aku ke sana. Last sekali tinggal sorang, itupun tak dapat meneruskan perjalanan dek demam yang semakin kuat. Maka, tinggal lah family aku saja yang pergi. Tak apa lah, lain kali boleh buat lagi. Kalau aku pun, aku akan buat macam diorang jugak. Maknanya, aku akan lebih utamakan yang lebih utama lah kan?.. antaranya aku akan lebih utamakan 1) keluarga 2) kawan-kawan yang lebih rapat 3) kawan-kawan yang kurang rapat 4) diri sendiri...
Ohh.. maaf kalau ada yang terasa dengan tulisan yang agak sarkastik ini. Tapi kita tak boleh hipokrit. Itulah kita, diri kita sebenarnya. Kenapa aku tulis keluarga pada tempat pertama?. Sebab kita akan buat segala-galanya untuk keluarga terutamanya anak-anak walaupun nyawa sebagai galang gantinya. Walaupun sakit, kita akan tetap akan cuba penuhi segala keperluan anak-anak. Walaupun aku suami isteri sedang demam ketika itu, kami berdua gagahi untuk pergi kerana JANJI kami kepada anak-anak sebelum mereka menamatkan cuti persekolahan. Hadith ini untuk peringatan buat diriku.
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
(Hadith riwayat Bukari dan Muslim)
Keadaan disana dibulan ini sangat berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Angin yang sangat kencang sampaikan nak hidupkan api untuk bbq pun agak mustahil dilakukan, ombak pun agak ganas. Aku tak membiarkan anak-anak pergi bermain air sendirian seperti biasa walaupun pantai itu landai dan cetek, memandangkan ombaknya yang sedemikian. Pada malamnya pula air pasang besar belaku. Diberitakan ramai penduduk terpaksa berpindah kerana kawasan rumah mereka dinaiki air.
| Laut bergelora |
| Ombak dihujung batu pemecah ombak |
| Baru sampai |
| Bangunan baru dalam pembikinan |
| Menikmati bayu laut malam |
| Kekuatan angin malam |
| Air mula pasang besar. Ujung court volley ball |
Aku terimbau kembali nasyid nostalgia dipost ini


0 komen/ngomelan:
Catat Ulasan