Dah berminggu-minggu rasanya terkejar-kejar sampai macam takde masa nak bernafas. Cuti Deppavali disambung dengan cuti tambahan 2 hari lagi bersambung dengan cuti hujung minggu, moga dapat dimanfaat sebaiknya. Pause sekejap dari terkejar-kejar walaupun banyak kerja menanti dan tertangguh. Cuti Deepavali, semalam dapat jugak bawak anak-anak ke Pantai Tanjung Balau walaupun hanya sekejap. Bagai berhutang masa dengan mereka bila hujung minggu dihabiskan untuk ke kelas, malam hari biasa kalau tak sambung buat projek kerja akan dihabiskan untuk menelaah subjek hingga jam 2 pagi. Terima kasih semua kerana pengorbanan ini. Tak lama, cuma lebih kurang 2 tahun sahaja. Harap kalian dapat tabah. Ayah tahu, bukan hanya ayah yang terpaksa berkorban tetapi juga anak-anak ayah dan ummi juga terpaksa berkorban. Lebih-lebih lagi kerja diSyarikat ini, jauh berbeza dengan syarikat dulu yang lebih santai. Sabar ye...
Hari ini ke Kluang untuk urusan KWSP. Satu hal lagi bila arahan yang diberi oleh KWSP JB tak sama dengan KWSP Kluang... Maka, sumpah seranah aku pun berhambur le... Balik semula ke rumah yang jaraknya lebih kurang ~40km, ambik dokumen yang tak cukup tu.. pergi semula ke kluang.. Yang lagi pelik, nombor giliran aku masa pergi kali pertama tu 3002, kali kedua pergi aku dapat nombor giliran 3003... Nak ulang alik dari Kluang kerumah + pergi fotostat dokumen dah makan sejam lebih, boleh dapat balik giliran berikutnya tuu.... Pasti pegawai tu syok-syok jer main fesbuk bila takde orang kan?... Nasib le.. asalkan aku dapat claim balik duit aku dah...
Dalam perjalanan balik, nampak gumpulan-gumpulan awan mendung dikiri dan kanan jalan. Terlintas kembali kata-kata yang selalu aku ucapkan masa borak-borak dengan kawan-kawan.. "Kita asyik terkejar-kejar dengan apa yang hendak kita capai, yang belum tentu pasti kita akan capai atau kita masih tak pasti apa yang hendak kita capai, sampai kita lupa untuk mengecapi apa yang kita dah capai/ada sekarang." Dulu aku selalu memerhati pergerakan awan dan kejauhan langit, ada sesuatu yang menenangkan bila berbuat begitu. Kadang-kadang bagai terasa terlalu sedikit aku bersyukur berbanding nikmat yang telah dilimpahi kepada aku. Tapi sekarang ni bagai takde masa untuk memerhati langit dan awan... Sebabnya, aku selalu buat macam tu bila time mancing...hehehehe... Sekarang dah takde masa nak mancing...





0 komen/ngomelan:
Catat Ulasan