Tadi masa balik dari kerja, aku terdengar sebuah nasyid lama dari corong radio. Nasyid ini popular ketika aku di tahun 1 pengajian di UKM. Teringat kembali zaman itu bersama member-member di Kamsis-Z. Kenapa dinamakan Kamsis-Z?. Mungkin kerana kamsis itu adalah kamsis bagi menempatkan student-student ROTU (Reserve Officer Training Unit). Mungkin sekarang dinamakan Kolej Tun Hussein Onn sebab masa aku study pun dah dipanggil Kamsis Tun Hussein Onn.
Nama kamsis datang dari mana?. Mungkin short form dari "kampung siswa". Yang penting, pada ketika itu, ketika kami mula mengenali apa itu AutoCAD, apa itu Visual C++, mula sepenuhnya berdikari membina ukhuwah dan membentuk sahsiah, mula mengenal erti perjuangan, nasyid ini sentiasa diputar dicorong-corong radio mahupun tv.
Malah, pada pengisian Pesta konvo pun kumpulan ini diundang bagi memenuhi slot Konsert Malam Kebudayaan Islam. Maka, tidak hairan jika setiap kali nasyid ini berkumandang dimana-mana, secara automatiknya aku akan teringat kisah-kisah suka duka semasa belajar.

0 komen/ngomelan:
Catat Ulasan