
Khamis lepas, sekali lagi kami dijemput untuk ke sebuah sekolah untuk projek sains sempena Minggu Sains dan Matematik mereka. Kami Ke SMK Taman Universiti 2. Sebenarnya, 2 minggu sebelum itu kami juga dijemput untuk, menjadi pemudah cara Projek Solar Cooking Competition di sekolah itu dan Khamis lepas merupakan hari kemuncak keputusan projek pelajar-pelajar.
Yang menariknya, projek ini hanya boleh disertai oleh pelajar tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Kami sebagai pemudahcara dipertanggungjawabkan untuk mengendali 2 kumpulan setiap orang. Kami memulakan sesi dengan penerangan konsep Solar Cooking antaranya konsep pantulan, serapan dan penumpuan cahaya dan haba. Kemudian diteruskan dengan design concept.
Tapi,
Nampaknya diorang ni macam blur je bila aku bagi penerangan. Aku pun lupa yang diorang ni PMR pun tak amik lagi... Puas le aku terangkan macam-macam. Mungkin tak paham dengan segala term yang aku pakai kot.. hehehe... Tapi ada jugak la sorang tu bila aku cakap pasal photovoltaic, nampak muka macam yo' yo'o jer... nampak macam paham bebenor jer.. Takpe la diiikkk ooiii... nanti masuk U mesti jumpa semua term tu... Tu pun kalau amik engineering la... hehehe.. Apa pun, yang penting diorang berjaya jugak memenuhi keperluan projek...












0 komen/ngomelan:
Catat Ulasan