Khamis, 24 Mac 2011 aku dengan sekumpulan staff sekerja telah dijemput untuk menjadi hakim pertandingan Water Rocket Launch di SMK Seri Perling. Memandangkan ini kali pertama aku terlibat dengan aktiviti sebegini, maka memang agak excited sebab inilah peluang untuk mengulor diwaktu kerja dengan cara terhormat dan halal selain mengurangkan stress kerja.
Kami diundang untuk menjayakan Minggu Sains dan Matematik sekolah tersebut. Tak tau lah sekolah lain pun ada buat jugak kot. Ianya juga sebahagian dari aktiviti Corporate Social Responsibilty kilang kami.
Disebabkan aku bawak D90 aku, secara tak rasmi aku jadi jurukamera diorang le. Gerenti le gambar aku paling sikit. Hampeh.
Pengetua bagi ucapan panjang-panjang, kitorang bergambar kat belakang.
(Tebiat budak nakal kat sekolah terbawak-bawak sampai ke tua.)
Sedang makan, kami didatangi seorang guru. Agak berumur juga.
Cikgu: Silalah makan Encik. Jangan malu-malu. Maaflah dengan segala kekurangan di sekolah ni. Kami dah biasa macam ni. Jangan serik datang ye.
Aku: Takde lah cikgu. Kami pun dulu sekolah juga. (aku nak bermanis mulut).
Cikgu: Itu dulu. Sekarang lain.
Aku: Alah cikgu, adik saya lagi teruk masa posting kat Sabah dulu. Sekolah Gred pedalaman 2 tau. Mandi pun kena tadah air hujan, kalau tak ujan alamat 2 hari sekali jer mandi. Siap jatuh jambatan lagi. Yelah, adik beradik saya semuanya cikgu. Kalau kumpul ramai-ramai kat kampung, rumah dah macam kat bilik guru. Asyik cerita budak-budak sekolah jer. Saya jer malas belajar, lepas tu kerja kilang. Hambik...
Tapi tu semua aku cakap dalam hati jer.... Yang mampu terkeluar cuma.....
Aku: Takpe cikgu, kitorang OK jer semua... hee..hee...hee...
(Sekolah ada Wifi free pun diorang masih kata "kekurangan" ke?)
Tapi aku tau... cikgu tu cuma nak beramah mesra jer dengan kitorang.
p/s: mintak ampun, mintak maap ye cikgu-cikgu semua...

0 komen/ngomelan:
Catat Ulasan